Peniaga online buat video call tunjuk alat sulit pada wanita dicekup

Peniaga online buat video call tunjuk alat sulit pada wanita dicekup

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita yang dikenalinya melalui media sosial Instagram pada awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata suspek ditahan pada 2.25 petang semalam di ibu negara ekoran laporan polis yang dibuat oleh mangsa pada 17 Mei lepas.

“Mangsa mendakwa suspek yang dikenalinya sebagai peniaga dalam talian telah membuat panggilan video sebelum menunjukkan alat sulit dan bercakap lucah,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Peniaga online buat video call tunjuk alat sulit pada wanita dicekup

Mangsa yang berusia 24 tahun mendakwa menerima panggilan video itu semasa berada di rumah di Taman Melewar di Kuala Lumpur.

Mohamad Lazim berkata suspek telah dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati sewaktu menggunakan media sosial dan tidak mudah terpedaya dengan individu yang baru dikenali.

Baca Juga:
Budak 4 tahun maut, bapa denda anak makan cili
Pelancong kena ludah dengan pengemis kerana enggan beri wang
Pekerja kedai serbaneka warga asing dicekup orang ramai kerana intai rakan sekerja
CATEGORIES