Peniaga makanan laut tular jual makanan terlalu mahal dikompaun RM1,500

Peniaga makanan laut tular jual makanan terlalu mahal dikompaun RM1,500

Peniaga makanan laut tular jual makanan terlalu mahal dikompaun RM1,500.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah mengenakan kompaun RM1,500 terhadap peniaga makanan laut di Tepian Tebrau di sini selepas tular menjual makanan dengan harga yang terlalu mahal.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, kompaun tersebut dikenakan selepas pihaknya melengkapkan dua kertas siasatan terhadap peniaga terbabit.

“Peniaga ini dikompaun kerana kesalahan tidak meletakkan tanda harga dan terdapat unsur pencatutan iaitu menjual pada harga tidak munasabah.

Peniaga makanan laut tular jual makanan terlalu mahal dikompaun RM1,500

“Peniaga terbabit telah dikenakan kompaun iaitu RM500 kerana tidak meletakkan tanda harga dan RM1,000 kerana pencatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Rahmah Kasih Sayang Bangsa Johor 2023 di Stadium Bandaraya Pasir Gudang di sini pada Sabtu.

Turut hadir Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo; Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Fuziah berkata, apa yang berlaku itu seharusnya dijadikan pengajaran buat kedua-dua pihak iaitu peniaga perlu berniaga dengan telus manakala pengguna perlu tahu harga produk atau makanan yang dibeli mereka.

Jelas beliau, pengguna mempunyai hak untuk tahu harga sebelum makan atau pun membuat sebarang pembelian.

Tambah Fuziah, tindakan kompaun tersebut tidak bertujuan sebagai hukuman kepada peniaga sehingga menyebabkannya menutup perniagaan sebaliknya sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Oktober lalu, isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin Rahmat meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan mendakwa harga yang dikenakan sebuah kedai di medan selera Tepian Tebrau itu terlampau mahal iaitu berjumlah RM1,260.

Namun begitu, pemilik premis tersebut dalam satu video balas memberi penjelasan berhubung harga dikenakan dan memaklumkan harga itu adalah untuk hidangan dipesan seramai 20 orang.

Dia turut memperincikan setiap butiran hidangan yang dipesan Ekin sebagai justifikasi terhadap harga berkenaan.

Baca Lagi:
Isteri Mawi terkejut harga makanan ‘cekik darah’ dicaj sampai RM1,260
Remaja 13 tahun didakwa liwat sepupu lelaki berusia 6 tahun
Kecoh! Wanita warga asing buat kacau ganggu jemaah solat jumaat, hina Nabi Muhammad di Masjid Jamek
CATEGORIES