Peniaga kerepek OKU merangkak ambil wuduk, bergegas nak solat berjemaah buat ramai terharu

Photo of author

By Syima Iza

Peniaga kerepek OKU merangkak ambil wuduk, bergegas nak solat berjemaah buat ramai terharu.

Sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia, hubungan dengan Tuhan jangan sesekali dilupakan.

Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Jarir Harun berkongsi kisah yang meruntun jiwa ketika dia singgah di sebuah surau untuk menunaikan solat.

Peniaga kerepek OKU merangkak ambil wuduk, bergegas nak solat berjemaah buat ramai terharu

Menurut Jarir, dia bertemu dengan seorang penjual kerepek yang tempang dan mengalami masalah kekejangan pada kaki, sehingga terpaksa merangkak untuk bergerak.
Perkara yang menyentuh hati Jarir adalah apabila dia memerhatikan penjual kerepek tersebut berusaha menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim meskipun terbatas dari segi kudrat.

“Semalam, saya singgah ke surau sekejap, tiba-tiba ada seorang abang yang parkir motosikal dekat sebelah pintu masuk surau. Saya perhatikan raut wajahnya, nampak seperti sedikit cemas.

“Rupanya dia nak minta tolong saya untuk pimpin dia ke tandas surau, katanya kakinya kejang sebab lama sangat tunggang motosikal. Selepas selesai pimpin dia, saya pun duduk sekali dengan dia, saja nak lepak sambil berborak.”

“Saya tanya abang itu jual apa, sebab nampak ada beg besar atas motosikalnya. Rupanya dia jual kerepek. Tak lama selepas itu, masuk waktu Maghrib, abang itu terus bergegas untuk ambil wuduk.

“Saya terkesima melihat abang ini. Walaupun dalam keadaan dirinya pada ketika itu, dia tetap segera untuk menyambut panggilan solat,” ujar Jarir dengan penuh kagum.

Berdasarkan pemerhatian terhadap motosikal yang ditunggang penjual kerepek itu, dipercayai dia adalah orang kurang upaya (OKU) kerana terdapat modifikasi khas pada kenderaan tersebut.

Tambah Jarir, dia berasa malu dengan Tuhan kerana menyedari sering alpa untuk menunaikan solat.

“Selepas melihat abang ini, saya rasa malu dengan Allah. Kita minta macam-macam dengan-Nya, tapi solat pun selalu kita lewatkan. Walaupun sudah dengar azan, kita masih bertangguh.

“Saya minta izin dengan abang itu, jika boleh saya nak tolong promosikan jualannya. Alhamdulillah, abang itu bagi kebenaran.

“Macam saya sendiri, kalau nampak ada orang seperti abang ini jual kerepek atau barang-barang lain yang kita tak perlukan sangat pun, saya akan beli saja.”

“Sebab saya berpandangan mereka sedang berusaha dengan tulang empat kerat, bukannya meminta-minta. Semoga urusan abang ini dipermudahkan,” kata Jarir sambil mengambil pengajaran.

Dalam pada itu, Jarir turut berpendapat pertemuannya dengan penjual kerepek tersebut merupakan satu teguran daripada Tuhan.

@jarirharun Bila Allah nak tegur, kadang-kadang halus sangat ‘bahasanya.’ Cuma kita nak faham ke tidak 😌 #bostepen #tepenyongtaufoo #tepen #yongtaufu #yongtaufoo #nasihatkehidupan #nasihatdiri ♬ original sound – Bos Tepen

“Apabila Allah nak tegur, kadang-kadang ‘bahasanya’ sangat halus. Cuma kita nak faham atau tidak. Terima kasih abang penjual kerepek kerana ‘menegur’ saya,” ujar Jarir mengakhiri kata.

Peniaga kerepek OKU merangkak ambil wuduk, bergegas nak solat berjemaah buat ramai terharu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut teharu dengan kecekalan penjual kerepek tersebut.

“Aku tak pernah cemburu dengan orang yang mewah daripada segi harta dunianya, sebaliknya aku cemburu dengan orang sebegini. Aku juga ingin berada dekat dengan Tuhan.

“Nama abang ni sebenarnya Saad, dia jiran di kawasan perumahan saya. Memang daripada kecil dia banyak berdikari untuk hidup sendiri dan rajin ke surau. Semoga Saad sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

“Kau memang hebat abang Saad. Tak mampu dibuat untuk orang yang sihat di zaman sekarang. Rasa tersentuh perasaan bagi kami yang sempurna,” ujar beberapa pelayar.

Baca Lagi:
Ameera Khan dedah lebih suka lelaki Indonesia berbanding lelaki Malaysia, ini sebabnya
Warga asing menyamar tukang cuci cuba culik budak lelaki 2 tahun ‘lunyai’ dibelasah penduduk
Ahli perniagaan kahwin sebanyak 28 kali, isteri tua paling setia siap tidur sekali dengan isteri muda