Peniaga jual jus buah campur dengan air kencing ditahan polis

Photo of author

By Syima Iza

Peniaga jual jus buah campur dengan air kencing ditahan polis.

Dua lelaki, termasuk seorang remaja berusia 15 tahun, ditahan di India kerana menjual jus buah yang dicampur dengan air kencing kepada pelanggan, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Penolong Pesuruhjaya Polis, Ankur Vihar Bhaskar, menyatakan bahawa penahanan itu dibuat selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai minuman campuran jus dan air kencing yang disajikan kepada pelanggan.

Peniaga jual jus buah campur dengan air kencing ditahan polis

“Suspek dikenali sebagai Aamir. Selepas menerima maklumat, polis segera menjalankan pemeriksaan di gerainya dan menemui bekas berisi air kencing.

Polis turut menyoal siasat pemilik gerai tersebut berhubung penemuan bekas itu, namun jawapan yang diberikan tidak memuaskan.

“Seorang remaja juga telah ditahan, dan tindakan lanjut sedang diambil,” tambah Ankur.

Baca Juga:
‘Ingatkan iti daging, rupanya gigi manusia dalam kuih bulan’
Finalis pertandingan Miss Switzerland mati dibunuh dengan kejam, suami kerat mayat guna gergaji
Tular gambar Restoran Darsa Fried Chicken sudah tutup, ini respon pihak DFC