Peniaga jual ayam goreng kunyit RM20 di Langkawi didenda RM10k

Photo of author

By Syima Iza

Peniaga jual ayam goreng kunyit RM20 di Langkawi didenda RM10k.

Seorang peniaga kedai makan di Pantai Chenang, Langkawi, yang pernah tular kerana menjual menu ayam goreng kunyit pada harga RM20, telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Langkawi.

Tertuduh, Asyuni Mastura Basri, mengaku bersalah atas kesalahan gagal menyimpan rekod belian dan jualan produk masakan seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Peniaga jual ayam goreng kunyit RM20 di Langkawi didenda RM10k

Kesalahan Tidak Menyimpan Rekod Perniagaan

Mengikut pertuduhan, Asyuni, pemilik premis Danau Bingkuong Enterprise, didapati tidak menyimpan resit dan menyenggara rekod jualan dari Januari 2021 hingga 30 November 2023.

Fakta kes menunjukkan premis tersebut menjual masakan ayam goreng kunyit pada harga RM20 kepada pelanggan. Isu ini menjadi perhatian ramai selepas seorang pengadu memuat naik perkara itu ke media sosial pada 14 Januari lalu.

Langgar Peraturan Akta Kawalan Harga

Hasil siasatan mendapati Asyuni gagal mematuhi arahan pihak berkuasa untuk mengemukakan invois belian dan jualan seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Akibat kegagalan tersebut, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 53A(3) akta yang sama. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan maksimum dua tahun, atau kedua-duanya.

Kontroversi Harga Menu yang Mahal

Peniaga jual ayam goreng kunyit RM20 di Langkawi didenda RM10k

Kejadian ini mendapat perhatian netizen kerana harga ayam goreng kunyit yang dianggap terlalu tinggi dan tidak sepadan dengan menu yang ditawarkan.

Namun, Asyuni mempertahankan harga tersebut dengan alasan bahawa ia telah dinyatakan dengan jelas dalam buku menu. Beliau turut menjelaskan kadar sewa premis di kawasan Pantai Chenang, yang merupakan kawasan pelancongan, adalah jauh lebih tinggi berbanding kawasan lain.

Hukuman ini diharap menjadi peringatan kepada peniaga lain untuk memastikan pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang di masa hadapan.

Baca Juga:
Petua lembutkan ayam kampung , guna jus ini confirm tak liat lagi!
Ustaz Sophian review servis Pak Mat Western buat ramai netizen sokong
Pempengaruh terkenal ‘bertelekung’ ketika tunai umrah undang kemarahan umat Islam