Peniaga burger kantoi ‘check in’ dengan bakal isteri sebelum bawa jumpa keluarga

Photo of author

By Syima Iza

Peniaga burger dicekup bermalam bersama ‘calon isteri’. Seorang peniaga burger dicekup bermalam bersama ‘calon isterinya’ dalam serbuan dilakukan sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), di sebuah hotel di Rembia, di sini lewat pagi tadi.

Pasangan itu yang masing-masing berusia 24 dan 21 tahun dicekup pada pukul 3.20 pagi selepas gagal mengemukakan dokumen pengesahan perkahwinan.

Ketika disoal-siasat, lelaki berkenaan bagaimanapun memberikan alasan ingin berehat di hotel tersebut sebelum membawa calon isterinya itu berjumpa ahli keluarga dekat sini bagi membincangkan hal perkahwinan.

Peniaga burger dicekup bermalam bersama ‘calon isteri'
Gambar hiasan

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan itu antara 12 individu berusia antara 21 hingga 56 tahun yang dicekup berkhalwat dalam Operasi Ambang Tahun Baharu 2023.

Menurutnya, kesemua yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 53(1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

“Dalam serbuan ini, antara dicekup adalah pasangan muda iaitu seorang peniaga burger bersama pembantunya yang mendakwa kononnya mereka dalam proses mendapatkan restu keluarga untuk mendirikan rumah tangga.

“Kita juga menahan sepasang kekasih berusia 56 dan 40 tahun yang merupakan suami dan isteri orang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan.

Mengulas lanjut beliau berkata, pasangan curang itu juga mengakui masing-masing telah mempunyai lima serta tiga orang anak.

Katanya, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut.

Baca Lagi:
Memadu kasih dalam bilik hotel, pelajar IPT Perak dicekup berkhalwat
Dapat tahu Ex-Girlfriend dah jadi janda, lelaki sanggup cari salah isteri sendiri, tak sangka pula akhirnya jadi macam ini
Pemain bola sepak kelab Palestin mati ditembak tentera Israel