Peniaga bagi apam balik percuma dekat pelanggan wanita selepas berjaya tebuk ayat Al-Quran

Photo of author

By Syima Iza

Peniaga bagi apam balik percuma dekat pelanggan wanita selepas berjaya tebuk ayat Al-Quran.

Seorang peniaga apam balik di sebuah bazar Ramadan di Putrajaya telah menarik perhatian ramai apabila menguji pelanggannya untuk menyambung bacaan ayat Al-Quran.

Jika pelanggan dapat menyambung bacaan dengan baik, peniaga tersebut akan menghadiahkan apam balik secara percuma.

Peniaga bagi apam balik percuma dekat pelanggan wanita selepas berjaya tebuk ayat Al-Quran

Menerusi video tular di TikTok, kelihatan peniaga berkenaan mencabar dua orang pelanggan untuk menyambung bacaan surah ‘Abasa. Seorang wanita kemudian berjaya menyambung bacaan dengan lancar, membuatkan peniaga tersebut kagum dan memujinya.

“Abang, akak dapat bang, baguslah kak. Mantap kak,” katanya.

Hasil semakan mendapati bahawa peniaga ini sering mengadakan cabaran sedemikian kepada pelanggannya, terutamanya mereka yang datang ke gerainya di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya.

@bosssyuk Apam balik paling sedap hanya di @KuhotPutrajaya , Pandai tebuk dpt free bebbb #bazaarramadan #bazaar #hariraya #bajuraya #raya #duitraya ♬ original sound – bosssyuk

Pendekatan unik ini digunakan sebagai satu cara untuk menggalakkan orang ramai menghafal dan memahami ayat suci Al-Quran, selain bersedekah di bulan Ramadan.

Selain itu, apam balik percuma turut diberikan kepada wanita yang sedang mengandung.

Peniaga bagi apam balik percuma dekat pelanggan wanita selepas berjaya tebuk ayat Al-Quran

Baca Juga:
Wanita kecewa beli kuih keria tapi yang dapat ‘Keria Tanghulu’
Ramai yang belum tahu, ini 10 senarai perniagaan berisiko rendah yang boleh dicuba pada tahun 2025
“Mak tiri tiba-tiba mengandung selepas puluhan tahun, dapat anak muka tak seiras dengan ayah aku”