Peniaga ayam terjatuh telefon dalam periuk minyak panas buat ramai ketawa

Peniaga ayam terjatuh telefon dalam periuk minyak panas buat ramai ketawa

Peniaga ayam terjatuh telefon dalam periuk minyak panas buat ramai ketawa. Merakam atau membuat siaran langsung di media sosial ketika berniaga sudah menjadi satu trend pemasaran yang baharu kepada peniaga.

Malah ia juga merupakan salah satu cara paling berkesan untuk mewar-warkan perniagaan kepada orang ramai.

Peniaga ayam terjatuh telefon dalam periuk minyak panas buat ramai ketawa

Peniaga ayam goreng undang perhatian
Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang lelaki yang juga peniaga ayam goreng apabila video yang dimuat naiknya mengundang ketawa orang ramai.

Menerusi video dikongsikan @zaiem_ainn, kelihatan dia sedang sibuk menerangkan tentang ayam yang sedang digoreng di dalam sebuah periuk panas kepada pelanggannya.

Video yang dirakam menggunakan kamera telefon itu kemudian diambil secara dekat untuk merakam bagaimana keadaan ayam berkenaan ketika sedang digoreng.

Telefon tiba-tiba jatuh dalam minyak panas

@zaiem_ainn peminat iphone tolong hadir#fyp #fypシ゚viral #iphone ♬ original sound – Abey Ayam King’s Paya Keladi

Namun secara tiba-tiba telefon yang sedang dipegangnya itu terjatuh ke dalam periuk minyak panas berkenaan selama beberapa saat.

Apa yang memeranjatkan, telefon yang dipercayai jenama iPhone dari Apple tersebut masih berfungsi seperti biasa meskipun telah terendam dalam minyak yang panas.

“Terima kasih iPhone kerana barang anda memang puas hati,” katanya dalam kapsyen.

Melihat di ruangan komen, insiden berkenaan telah membuatkan ramai terhibur dan mereka turut berseloroh mungkin itulah sebenarnya keadaan bagaimana ayam digoreng.

“Kami dah faham perasaan ayam bila kena goreng..”

Peniaga ayam terjatuh telefon dalam periuk minyak panas buat ramai ketawa

“Macam ni rupanya suasana digoreng”

Peniaga ayam terjatuh telefon dalam periuk minyak panas buat ramai ketawa

Baca Lagi:
Alangkah bahagianya! Lelaki kahwin isteri ketiga ditemani dua isteri
Dua lelaki bersenjatakan parang samun kedai makan diburu polis
Lelaki pecut motosikal tinggal tunang tepi jalan selepas terkejut ‘roadblock’ JPJ
CATEGORIES