Pengusaha dobi terkejut pelanggan kerap hantar karpet sejadah untuk dicuci rupanya dari rumah PM Anwar. Sejak menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerap menjadi sebutan ramai. Dari sejarah politik sehingga ke kehidupan peribadi menjadi sorotan.
Kali ini, seorang pengusaha dobi telah berkongsi tentang satu perkara yang dia langsung tidak jangka apabila pelanggannya yang kerap menghantar karpet sejadah untuk dicuci rupanya Perdana Menteri Malaysia.
Kerap ambil dan hantar karpet sejadah untuk dicuci
Mana tidaknya, Siti Subaiyah Shahudin memaklumkan ketika kediaman PM di Sungai Long menjadi sorotan media ketika Pilihan Raya Umum (PRU) tempoh hari, dia baru mengetahui bahawa ia adalah kediaman Anwar Ibrahim.
Hal ini susulan sebelum ini dia dan pekerja kerap mengambil dan menghantar karpet sejadah di kediaman tersebut apabila diminta untuk membersihkannya.
Seperti tuan rumah sering buat majlis ilmu
Jelasnya lagi di Facebook, karpet sejadah yang diambil dari kediaman di Sungai Long itu seakan sering digunakan sepertinya tuan rumah kerap memanggil pelajar tahfiz ataupun mengadakan majlis ilmu di rumah.
Kali ini, selepas tuan rumah menghantar sekali lagi karpet ke dobi mereka, barulah Siti Subaiyah tahu siapa pemilik rumah tersebut sebenarnya.
Dikesempatan itu, pemilik dobi berkenaan telah mengucapkan terima kasih kepada ‘pemilik kediaman’ tersebut kerana sudi menggunakan khidmat mereka untuk mencuci karpet sejadah dan mendoakannya agar terus dirahmati Allah S.W.T.
Baca lagi :
Pembayaran di kaunter: Paywave vs Pin kad debit, mana lebih selamat?
Selepas dikecam, gadis 16 tahun ini update sesuatu di story IG buat netizen terkejut bila tahu cerita sebenar
Nad Zainal dah keluar ICU, boleh berjalan dan ketawa