Pengurus nafi Fattah Amin terima kereta Lamborghini, dedah cerita sebenar.
Beberapa hari lalu, tular video menunjukkan Fattah Amin menerima Lamborghini Huracán daripada pengusaha sebuah kedai emas.
Ramai yang menyatakan bahawa ini merupakan satu rezeki selepas mengalami ujian dalam rumah tangga.
Namun, pengurus kepada pelakon itu, Sakirin Acha, tampil mendedahkan bahawa kereta mewah berwarna ungu itu hanyalah sebahagian daripada prop untuk kandungan video kedai emas milik pengusaha tersebut.
“Saya ingin menegaskan bahawa Fattah tidak menerima kereta Lamborghini seperti yang diperkatakan. Kereta itu adalah sebahagian daripada prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat terbabit,” katanya.
Tambahnya lagi, Acha memohon maaf sekiranya ramai pihak telah salah faham dengan video yang tular.
“Saya mohon maaf, tetapi Fattah tidak menerima kereta itu daripada pihak berkenaan,” katanya.
@allfendstudio Rezeki fattah amin bersama kedai emas ni bagi fattah rezeki yang luas, Sentiasa ade jobkan… @KEDAI EMAS SYAMSUL #allfendstudio #afs ♬ original sound – ALL FEND STUDIO