Pengulas sukan kantoi tak sengaja ‘On Live’ IG ketika lakukan hubungan intim dengan teman wanita.
Legenda NFL dan pengulas sukan, Shannon Sharpe, secara tidak sengaja telah menyiarkan siaran langsung dirinya bersama seorang wanita di Instagram, yang menyebabkan kecoh di media sosial.
Walaupun dalam siaran langsung itu tidak jelas menunjukkan adegan seks, bunyi dari interaksi mereka dapat didengar dengan jelas. Susulan insiden tersebut menjadi tular, Shannon pada awalnya menjelaskan bahawa akaun Instagramnya telah digodam.
Namun, tidak lama kemudian dia mengakui bahawa akaunnya tidak digodam, sebaliknya kesalahan tersebut berpunca daripada dirinya yang tidak begitu arif menggunakan fungsi Instagram Live.
“Saya tidak pernah buka fungsi IG Live, jadi saya tidak tahu bagaimana ia berfungsi,” ujarnya. Bekas pemain NFL itu kemudian memohon maaf atas kejadian yang berlaku dalam satu siaran podcastnya.
“Jelas sekali saya malu. Saya adalah seorang yang sangat peribadi, dan sekarang salah satu perkara paling intim dalam hidup saya didengari oleh dunia. Saya malu kerana beberapa sebab,” katanya.
Walaupun dia cuba menyampaikan kenyataannya dengan nada bergurau mengenai kekurangan pengetahuannya tentang teknologi, Shannon mengakui bahawa dia telah mengecewakan ramai pihak.
Mengimbas kembali saat memalukan itu, Shannon menyedari kesilapannya apabila menerima banyak panggilan dan mesej daripada orang ramai yang cuba memberitahunya bahawa dia sedang bersiaran langsung tanpa sengaja. Menurutnya, ketika itu jantungnya terasa seolah-olah terhenti.