Penghuni rumah pelik jiran lempar plastik berisi darah.
Penghuni sebuah rumah di daerah Suwannaphum, wilayah Roi Et hidup dalam kegelisahan selama lebih dua bulan selepas seorang jiran didakwa melempar beg plastik yang mengandungi darah ke pekarangan rumah mereka, lapor laman berita Thaiger semalam.
Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di laman Facebook, sehelai beg plastik berwarna hitam dilihat dilempar ke dalam kawasan rumah mangsa.
Ia menyebabkan beg tersebut pecah sehingga darah di dalamnya terpercik ke serata tempat.
Menurut mangsa, dia mengalami gangguan berulang itu selama dua bulan dan meskipun mempunyai bukti rakaman yang jelas, tiada penyelesaian atau tindakan daripada pihak berkuasa tempatan.
Ia membuatkan mangsa berasa tidak selamat dan terdesak untuk mendapatkan pertolongan.