Penghuni flat cop lot parkir guna batu nisan dikecam hebat warganet

Photo of author

By Syima Iza

Penghuni flat cop lot parkir guna batu nisan dikecam hebat warganet. Tindakan seorang penghuni yang bertindak meletakkan batu nisan untuk ‘cop’ tempat letak kereta di kawasan perumahan flat, menerima kecaman hebat di media sosial.

Menerusi gambar yang dikongsi di akaun Facebook Dilla Karmila, kelihatan batu nisan tersebut diletakkan di ruangan parkir kosong seolah-olah tidak membenarkan penghuni lain meletakkan kenderaan mereka disitu.

Perkara tersebut mengundang kecaman daripada warganet berikutan kawasan perumahan flat kebiasaannya tidak boleh ‘cop’ parkir sesuka hati kerana tidak mempunyai parkir khas yang disediakan.

Penghuni flat cop lot parkir guna batu nisan dikecam hebat warganet

“Cara terbaik untuk selesaikan masalah ini, adalah simenkan batu nisan itu dekat situ. Biar semua tak dapat letak kereta, dan bolehlah semua orang tahu siapa punya batu nisan itu,” komen Jenkin Yat.

“Kebanyakan flat semua penghuni main ‘cop’ tempat letak kereta. Sedangkan sudah tahu tidak boleh begitu. Mana-mana pihak berwajib harap jalankan tanggungjawab masing-maaing. Kadang-kadang sampai main tolak kereta sebab nak keluar,” komen Dani Dania pula.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen juga mendapati ada pengguna lain berjenaka dengan mengatakan itu adalah ‘tapak kubur’ pemilik rumah yang ingin ditanam di kawasan lot parkir.

“Arwah ni dulu masa hidup dia suka cop tempat letak kereta. Sampailah dia meninggal, kuburnya pun di lot parkir,” komen seorang pengguna.

Baca Lagi:
Pemancing terpaksa makan sotong hidup, bertahan selama 14 jam hanyut di laut
Wanita terkejut lihat arwah suami masih hidup dalam video promosi restoran
Lelaki pecut motosikal tinggal tunang tepi jalan selepas terkejut ‘roadblock’ JPJ