Pengguna lebuhraya LPT2 terkejut lihat beruang ‘besar’ berguling kesakitan di jalanraya

Photo of author

By Syima Iza

Pengguna lebuhraya LPT2 terkejut lihat beruang ‘besar’ berguling kesakitan di jalanraya.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seekor beruang dilihat berguling-guling kesakitan selepas dipercayai dilanggar di Kilometer (km) 422, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

Menurut laporan Sinar Harian, insiden yang menyayat hati itu dikongsi oleh seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Khairul Nizam melalui rakaman video berdurasi 59 saat di laman Facebook miliknya pada hari ini.

Pengguna lebuhraya LPT2 terkejut lihat beruang 'besar' berguling kesakitan di jalanraya

Dalam hantaran tersebut, difahamkan bahawa dia merupakan antara individu terawal yang memandu di kawasan itu dan sempat merakam keadaan beruang tersebut selepas dilanggar dalam kejadian yang berlaku pada hari Ahad.

“Dari jauh, ingatkan ada rider yang kena langgar sebab saiz dia besar, sama besar dengan manusia. Dah dekat baru perasan ia beruang. Dia cuba nak bangun, tapi tak dapat, mungkin patah ke apa. Lepas tu, terus call LPT2 untuk hantar peronda.

Kesian kat beruang tu, harap jabatan perhilitan ambil rawat. Masa tu jugak, monyet-monyet dalam hutan sebelah kiri tu, bukan main kuat lagi menempik-nempik, tak tahu kenapa, mungkin diorang nampak,” tulisnya.

Dalam pada itu, menurut laporan yang sama, difahamkan Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong telah dihubungi dan enam kakitangan jabatan itu telah pergi ke lokasi kejadian sekitar jam 1.30 tengah hari pada hari Ahad. Namun, beruang tersebut sudah tiada di lokasi yang dinyatakan.

Baca Lagi:
Bayi perempuan menangis ditemui atas loteng rumah, penduduk syak ‘anak kuntilanak’
Ini sebab kenapa tidak digalakkan mengecas telefon di dalam kereta yang masih ramai tak tahu
“Kamu pengacara yang hebat dahulu..” – PU Syed tegur Azwan Ali berpakaian seperti wanita