Pengguna Bank Islam boleh tukar duit raya ‘Online’, ini caranya

Photo of author

By Syima Iza

Pengguna Bank Islam boleh tukar duit raya ‘Online’, ini caranya.

Aplikasi BIMB kini memperkenalkan satu ciri khas bersempena dengan kedatangan Hari Raya, iaitu fungsi pertukaran “Duit Raya”. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat permohonan untuk menukar wang dan mendapatkan duit raya dalam denominasi yang diinginkan.

Untuk membuat permohonan, pengguna hanya perlu membuka aplikasi BIMB dan memilih menu khas, “Jom Tukar Duit Raya”.

Pengguna Bank Islam boleh tukar duit raya 'Online', ini caranya

Pada halaman tersebut, pengguna akan diberikan borang permohonan yang perlu diisi dengan maklumat berkaitan sebelum mengambil wang berkenaan. Bagi proses pertukaran ini, jumlah minimum yang perlu ditukar ialah RM100.

Selepas permohonan dihantar, pengguna perlu menunggu pengesahan sebelum boleh mengambil wang di cawangan berdekatan. Proses pengesahan permohonan dijangka mengambil masa beberapa hari.

@enaizsati_ Function siot apps Bank Islam ni 🤣 dah jadi pengguna BIMB dekat 10 tahun, ni kali pertama aku rasa function gila apps Bank Islam HAHA #bankislam #dah #tak #problem ♬ Tob Tobi Tob – DJ Mamang

Bagi pengguna aplikasi BIMB, anda boleh membuat permohonan pertukaran duit raya mulai hari ini. Tempahan ini dibuka sehingga 14 Mac 2025.

Pengguna Bank Islam boleh tukar duit raya 'Online', ini caranya

Baca Juga:
Makin ramai rakyat Indonesia iri hati dengan pasport Malaysia, ini sebabnya ..
Peniaga bagi apam balik percuma dekat pelanggan wanita selepas berjaya tebuk ayat Al-Quran
3 cerita legend ini berasal dari Malaysia bukan Indonesia