Pengendali pasar raya Giant akan henti beroperasi di Malaysia

Pengendali pasar raya Giant akan henti beroperasi di Malaysia

Pengendali pasar raya Giant akan henti beroperasi di Malaysia. Selepas 24 tahun beroperasi mengendalikan rangkaian pasar raya besar, Dairy Farm International Ltd (DFI) Hong Kong mengumumkan akan menghentikan operasi perniagaan runcitnya di Malaysia.

DFI yang mengendalikan rangkauan runcit di bawah GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan jenama pasar raya besar seperti Giant, Giant Mini dan Mercato.

Memetik laporan The Edge, ia dipercayai telah dijual pada harga “sekurang-kurangnya beberapa bilion ringgit” kepada sekumpulan rakyat Malaysia yang diketuai oleh Datuk Andrew Lim Tatt Keong, pengerusi eksekutif kumpulan KL Sogo dan beliau juga menganggotai lembaga pengarah Gama Supermarket & Departmental Store Sdn Bhd yang berpangkalan di Pulau Pinang.

Pengendali pasar raya Giant akan henti beroperasi di Malaysia

GCH Retail di Malaysia adalah 70% dimiliki oleh DFI dan 30% oleh Syarikat Pesaka Antah Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan royalti Negeri Sembilan. Difahamkan bahawa satu pengumuman akan dibuat oleh syarikat kepada pekerjanya petang ini.

The Edge turut melaporkan bahawa syarikat itu telah berjaya mencatat keuntungan bersih sebanyak RM12.23 juta pada 2020 setelah mengalami sedikit kekacauan bermula tahun 2013. Bagaimanapun, syarikat kembali mencatatkan rekod merosot pada 2021 dengan kerugian bersih sebanyak RM106.17 juta, dengan hasil RM2.38 bilion. Ia mempunyai jumlah liabiliti RM2.71 bilion dan jumlah aset RM1.23 bilion.

GCH, telah bertindakan menutup kedai secara agresif di Malaysia sejak 2019, menjadikan jumlah keseluruhan kedai kurang daripada separuh menjelang 2021. Pada 2018, ia mengendalikan kira-kira 122 kedai.

GCH memasuki Malaysia pada tahun 1999, melalui pembelian 90% kepentingan dalam perniagaan Giant, kemudian dikendalikan oleh keluarga Teng. Pada masa itu, terdapat tujuh kedai – lima pasar raya dan dua pasar raya besar.

GCH ialah sebahagian daripada kumpulan DFI. DFI diperbadankan di Bermuda dan mempunyai penyenaraian utama di Bursa Saham London dan penyenaraian sekunder di Bermuda dan Singapura. Di Malaysia, DFI juga mengendalikan rangkaian farmasi dan kesihatan dan kecantikan di bawah Guardian Health & Beauty Sdn Bhd.

Baca Lagi:
Tiada tauliah mengajar agama Islam punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatalkan
Lelaki dari Johor jadi jutawan segera, menang cabutan bertuah sebanyak RM32 juta
Rupanya ini asal usul nama Proton Saga dicipta, ramai yang belum tahu
CATEGORIES