Pengemis mengaku dirinya ‘malaikat’ mengamuk paksa penduduk beri wang

Photo of author

By Syima Iza

Seorang peminta sedekah di Depok, Jawa Barat mengamuk dan mengugut mahu mencuri barang di rumah orang lain gara-gara dihulurkan wang yang sedikit, lapor akhbar Kompas.com semalam.

Menerusi klip video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @depok24jam, wanita itu memaksa seorang penduduk di Kota Depok memberikan wang kepadanya.

Oleh kerana wang yang dihulurkan sedikit, dia mengamuk dan memaksa penduduk itu memberikan lebih banyak wang.

Pengemis mengaku dirinya 'malaikat' mengamuk paksa penduduk beri wang

Lebih mengejutkan, peminta sedekah itu turut mengaku dirinya malaikat dan tidak segan untuk mencuri barang dari rumah orang lain.

“Ketika permintaannya ditolak, dia menjerit sambil mengelilingi rumah untuk membuat penghuni di situ ketakutan.

“Dia juga sempat menghina dan memaki hamun selepas tidak dihulurkan wang,” kata pemilik akaun itu.

Menurut polis, identiti wanita terbabit masih belum disahkan dan siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih sebanyak 350,000 tontonan.

Baca Juga:
Jangan salah pilih, ini 6 jenis susu tin yang dijual di kedai
Datuk dan nenek Zayn Rayyan ditangkap polis
Order mi tarik dalam talian tapi dapat nasi goreng daging babi