‘Pengembaraan gila’ 10 pendaki Malaysia kongsi detik menakutkan terkandas di lereng gunung di India

Photo of author

By Syima Iza

‘Pengembaraan gila’ 10 pendaki Malaysia kongsi detik menakutkan terkandas di lereng gunung di India.

Sekumpulan 10 pendaki dari Malaysia yang terkandas di lereng gunung di negeri Himachal Pradesh di India akibat hujan tanpa henti menyifatkan pengalaman pahit mereka sebagai “pengembaraan gila”.

Mereka yang tiba di India pada 30 Jun untuk merasai pengalaman pendakian selama 12 hari, terpaksa melalui deti-detik menakutkan apabila cuaca berubah secara mendadak di akhir jadual perjalanan.

'Pengembaraan gila' 10 pendaki Malaysia kongsi detik menakutkan terkandas di lereng gunung di India

“Dalam tiga hari pertama, cuaca adalah baik. Ketika kami berkhemah di Hampta Pass, hujan tidak berhenti selama tiga hari dan kami tidak dapat menyeberangi sungai kerana arus deras,” kata Siew Wey Tyng, yang mengetuai kumpulan itu kepada Bernama.

Kumpulan pendaki itu berlepas ke Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Trek Hampta Pass merupakan satu daripada pengembaraan popular untuk pendaki tempatan dan asing.

Siew, 54, berkata kumpulannya terdiri daripada 10 rakyat Malaysia, seorang rakan dari Britain dan seorang lagi warga China yang berkahwin dengan warga Malaysia.

Anggota termuda kumpulan itu berumur 38 tahun dan yang paling tua berusia 65 tahun.

Hujan tanpa henti telah memusnahkan tapak perkhemahan dan menjadikan lintasan sungai berbahaya, kata Siew.

Mereka terputus hubungan dengan keluarga mereka pada 11 Julai ketika cuba keluar dari lereng gunung.

“Kami tidak tahu macam mana nak menyeberangi sungai kerana arus sangat deras. Pengembaraan kami bertukar menjadi pengalaman yang pahit.

“Kami bimbang kerana tidak dapat menghubungi ahli keluarga kami. Pada ketika ini, keluarga kami menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia,” katannya.

Pengendali trek tempatan bekerja keras untuk memastikan kumpulan Malaysia dapat keluar dengan selamat.

Walaupun rangkaian mudah alih tidak tersedia, pemandu arah tempatan berjaya mendapatkan bantuan menggunakan walkie-talkie.

“Terdapat 20 pemandu arah yang bekerjasama. Mereka akhirnya dapat menyediakan ‘zip line’ (kabel) untuk kami menyeberangi air,” kata Siew.

Kumpulan Malaysia akhirnya tiba di bandar Manali pada Rabu.

Baca Lagi:
Ramai tak tahu cara mudah siat ‘jaket’ ikan cencaru tanpa tercarik isi, hanya guna tuala, tisu
Detik pawang buaya maut dibaham buaya ketika lakukan upacara di dalam sungai
Hati Ali Puteh ‘retak’, kesal isteri terima mesej ugutan melampau berbaur lucah