Pengeluar tayar terkemuka Goodyear bakal tutup operasi di Malaysia bermula 30 Jun ini

Photo of author

By Syima Iza

Goodyear, pengeluar tayar terkemuka bakal menutup operasi di Malaysia bermula 30 Jun ini dan akan selesai sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu pengumuman yang tersebar di media sosial.

Menurut siaran itu, Goodyear dalam usaha mengurangkan kos tahunan sebanyak USD1 bilion (RM4.73 bilion) menjelang 2025 bagi memastikan jenama itu kekal berdaya saing dan menjadi peneraju industri.

Pengeluar tayar terkemuka Goodyear bakal tutup operasi di Malaysia bermula 30 Jun ini

Nathaniel berkata, keputusan yang sukar itu akan memberi kesan kepada kira-kira 550 kakitangan.

“Goodyear Forward ialah satu program transformasi direka untuk mengoptimumkan portfolio kami, memberi pertambahan keuntungan dan meningkatkan nilai untuk pemegang saham.
“Sebagai sebahagian dari usaha ini, Goodyear sudah mengambil keputusan yang sukar tetapi diperlukan dengan menutup kilang pengeluaran di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurutnya, keputusan berkenaan bukanlah mudah tetapi ia perlu dilakukan bagi kepentingan jangka masa panjang perniagaan dan pelanggan.

“Terima kasih atas tumpuan anda yang berterusan menyampaikan hasil dan semua yang anda lakukan untuk menjadikan Goodyear berjaya,” katanya.

Penjualan produk Goodyear di Malaysia bermula pada 1929 melalui pejabat Goodyear Sales Company yang ditubuhkan di Singapura, manakala kilang di Shah Alam ditubuhkan pada 1972.

Goodyear juga menjadi jenama tayar yang dipasang pada kereta keluaran tempatan pertama Malaysia, Proton Saga pada 1985.

Baca Juga:
Vida terkejut premis kulit ikan salmon miliknya disita pihak berkuasa
Jejak kaki misteri bersaiz gergasi dipercayai milik ‘Bigfoot’ ditemui di pantai
Pasangan Ini tidak segan kongsi tips hidup bersama selama 35 Tahun selepas di ‘interview’ lelaki Rusia