Pengawal peribadi kawal keselamatan isteri, anak Faisal Halim

Photo of author

By Syima Iza

Pengawal peribadi telah disediakan untuk mengawal keselamatan isteri dan anak pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim susulan insiden simbahan asid yang berlaku Ahad lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan pihak polis untuk melakukan rondaan di kediaman Faisal.

“Kita bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan polis telah membuat rondaan. Bukan sahaja Faisal dan keluarga tetapi juga pemain lain.

Pengawal peribadi kawal keselamatan isteri, anak Faisal Halim

“Pada masa yang sama, kita juga tempatkan pengawal peribadi untuk membantu isteri dan keluarga Faisal,” katanya selepas melawat Faisal di sebuah hospital swasta pada Rabu.

Pada Ahad lalu, Faisal telah disimbah asid oleh individu tidak dikenali dalam satu kejadian di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.

Akibat kejadian itu, Faisal atau lebih mesra disapa Mickey telah mengalami kelecuran tahap empat dan sedang dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Keadaan pemain sayap kebangsaan itu ketika ini dilaporkan bertambah baik selepas melalui pembedahan kedua yang dijalankan pada Selasa.

Dia sudah boleh menjamah makanan dan bersemangat untuk cuba melakukan senaman ringan.

Baca Juga:
Tubuh Faisal Halim dibalut seperti ‘mumia’
Wanita kecewa bela ‘biawak hidup’ suami pemalas hobi memancing
Lelaki bermotosikal ucap ‘good luck’ sebelum simbah asid ke Faisal Halim