Pengawal keselamatan jumpa kotak hadiah misteri di Masjid Sri Sendayan

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah kotak berisi selendang dan kerongsang yang sepatutnya menjadi milik bakal ibu mentua ‘tidak jadi’, ditinggalkan seorang wanita dikenali sebagai ‘Nurul’ di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @MiraMunirah, suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di masjid terbabit menemui kotak hadiah itu setelah melakukan pemeriksaan di ruang solat wanita.

“Suami saya terjumpa kotak berisi selendang dan kerongsang bersama surat yang ditulis di atas tisu,” katanya.

Pengawal keselamatan jumpa kotak hadiah misteri di Masjid Sri Sendayan

Bagaimanapun, perasaan gembira setelah menerima hadiah istimewa itu bertukar hiba setelah membaca isi kandungan surat yang ditinggalkan bersama kotak hadiah tersebut.

“Ini hadiah dari saya untuk ‘mama’ kepada kawan lelaki saya, Ahmad. Tapi percaturan Allah, tiada jodoh kami. Jadi bagi menghormati semua orang, saya sedekahkan hadiah ini kepada sesiapa sahaja yang jumpa kotak ini.

“Saya dah cuba beri sendiri kepada orang tetapi orang tak terima, mungkin sebab takut scam atau prank,” katanya.

Selain itu, Nurul turut memberitahu alasannya memilih Masjid Sri Sendayan sebagai tempat untuknya meninggalkan kotak tersebut.

“Kenapa Masjid Sendayan? Sebab pada 12/5/2024, dia bawa saya jalan-jalan dekat sini dan pada 13/5/2024, dia cakap dah nak kahwin. Kejam? Ya, tapi dia masih pertimbangkan baik juga sebab nak jumpa untuk kali terakhir,” tulisnya di dalam surat tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 730,800 jumlah tontonan, 27,100 tanda suka dan 973 perkongsian.

Baca Juga:
Lipas merayap dalam bekas roti di kedai kek terkemuka buat netizen geli
Harga Diesel naik dari RM2.15 terus kepada RM3.35 bermula 12 malam ini
Misteri kehilangan Farida terjawab selepas suami belah perut ular sawa