Pengasuh ditahan selepas didakwa cubit budak lelaki 2 tahun sampai lebam

Photo of author

By Syima Iza

Seorang pengasuh wanita ditahan selepas disyaki mengasari kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di sebuah taska di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, wanita berusia 25 tahun itu ditahan di tepi Jalan Labohan Dagang – Nilai kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat ibu mangsa petang semalam yang mendakwa anak lelakinya dikasari suspek.

Pengasuh ditahan selepas didakwa cubit budak lelaki 2 tahun sampai lebam

“Mangsa telah menerima rawatan di sebuah klinik dan disahkan terdapat kesan lebam pada paha kanan dipercayai akibat dicubit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular satu hantaran di Facebook mengenai aduan oleh seorang bapa yang mendakwa anaknya dikasari pengasuh sehingga lebam di paha dipercayai dicubit.

Baca Juga:
‘Fuh…pertama kali dapat nota begini daripada seorang Perdana Menteri’ – Mas Ermieyati
Kematian mengejut pemain muda China di gelanggang, ini penjelasan Dr Malar apa sebenar yang berlaku
‘Besar dan panjang’ – Lelaki terserempak ular sawa batik sedang melintas jalan