Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dipenjara dua tahun

Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dipenjara dua tahun

Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dipenjara dua tahun.

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman dua tahun penjara ke atas Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, selepas didapati bersalah dan disabitkan menfitnah Sultanah Terengganu Nur Zahirah.

Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh bersalah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah).

Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dipenjara dua tahun

Mengikut pertuduhan, pada 14 September 2018 jam lebih kurang 8.00 pagi di Lot 60048, Taman Chendering Utama, 21080, di dalam Daerah Kuala Terengganu dalam Negeri Terengganu telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Sarawak Report- The Inside Story of the 1MDB Expose”.

“Di mana di dalamnya pada muka surat 3, perenggan 4, baris 7 mengandungi tohmahan seperti mana yang digariskan iaitu “the wife of the sultan,” terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah yang merupakan satu fitnah di mana kamu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tohmahan tersebut akan merosakkan nama baik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah.”

Pendakwaan dijalankan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Engku Ahmad Rashidi Engku Abdillah.

Tertuduh Clare Rewcastle Brown tidak hadir di mahkamah.

Baca Juga:
‘Setepek kena sound’ lelaki jerkah pasangan isi minyak RON95 kereta plat Singapura, netizen minta ambil tindakan!
Semua terbabit kes SPANCO sejak 1990-an termasuk PM, menteri kewangan akan disiasat – SPRM
Anggota polis hanya dibenarkan bawa wang maksimum RM100 ketika keluar operasi
CATEGORIES