Pengarah Eksekutif dipecat ‘kantoi’ curang dengan rakan sekerja

Photo of author

By Syima Iza

Pengarah Eksekutif dipecat ‘kantoi’ curang dengan rakan sekerja.

Gara-gara sebuah video fesyen jalanan, seorang lelaki di China dipecat selepas didapati curang bersama wanita lain, lapor laman berita Detik hari ini.

Hu Jiyong yang dipecat, merupakan Pengarah Eksekutif dan Pengurus di salah sebuah syarikat terbesar China, Huanqiu Engineering Project Management (Beijing) Co. Ltd.

Menerusi sebuah klip video fesyen jalanan yang dimuat naik dalam aplikasi Douying, Jiyong didapati mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Dong Sijin.

Pengarah Eksekutif dipecat 'kantoi' curang dengan rakan sekerja

Sijin yang berkelulusan dari Universiti Petroleum China didapati bekerja di bawah Jiying dan isterinya di syarikat sama.

Kedua-dua mereka dirakam berpegangan tangan dan berpakaian sedondon.

Pengarah Eksekutif dipecat 'kantoi' curang dengan rakan sekerja

Selepas video itu tular, syarikat Huanqiu Engineering mengambil tindakan tegas dengan memecat Jiyong.

Pihak pengurusan bagaimanapun masih belum mengambil tindakan terhadap Sijin.

Baca Lagi:
“Pernah cakap tak selera nak makan sebab isteri tak lawa, suami terkejut tengok isteri makan depan peti sejuk, bila ditanya, jawapan isteri buat suami termenung..”
“Dalam gambar macam cantik”, gadis kena tinggal di kedai mamak selepas pertama kali bertemu
Sekumpulan jemaah haji wanita mandi guna air Zam-zam undang kritikan netizen