Pengantin wanita umur 18 tahun terkejut terima mas kahwin RM280,000, ladang dan 60 bilik rumah sewa.
Sebuah majlis perkahwinan di wilayah Banten telah menarik perhatian pengguna media sosial selepas pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa sebidang tanah dan aset berharga lain, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @iisyunerli08, pasangan pengantin tersebut mengenakan pakaian adat Minang berwarna biru dan duduk berhadapan dengan wali.
Pengantin lelaki dilihat melafazkan akad sambil memegang erat tangan wali.
“Saya terima nikahnya Syifa binti Zainudin dengan mas kahwin 1 bilion rupiah (RM280,000), 1 hektar ladang kelapa sawit, 1 hektar ladang cengkih dan 60 bilik sewa, tunai,” kata pengantin lelaki.
Tetamu kemudian bersorak selepas akad nikah itu berjaya dilafazkan.
@iisyunerli08Jangan iri yadekyaaaa 😳❤️ Siapa yg impian mahar nya kaya gini 🥰☝🏻 Wedding day Syifa & Gerry
Rakaman tersebut menjadi tular dan meraih lebih 7.3 juta tontonan, dengan rata-rata netizen terpegun melihat kemewahan mas kahwin yang diberikan.
“Saya juga mahu mas kahwin seperti dia!” kata seorang netizen.
“Tuhan, tolong kirimkan saya suami seperti ini,” ujar pengguna media sosial yang lain.