Pengantin wanita terima mas kahwin rumah 1.5 bilion dan 2 buah kereta

Pengantin wanita terima mas kahwin rumah 1.5 bilion dan 2 buah kereta

Sebuah majlis perkahwinan di Sukabumi, wilayah Jawa Barat mendapat perhatian pengguna media sosial kerana pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa rumah berharga 1.5 bilion rupiah (RM459,076) dan dua buah kereta, lapor laman berita Detik.

Berdasarkan klip video mengenainya yang tular di platform TikTok, pengantin lelaki menyerahkan kereta jenama Honda HRV dan Toyota Camry berserta miniatur rumah sebagai simbolik rumah sebenar selain pelbagai hantaran lain.

Rakaman video itu dimuat naik oleh seorang lelaki bernama Agus. Katanya, pasangan pengantin tersebut bernama Radja Panutan dan Adinda Galuh Nurutami.

Pengantin wanita terima mas kahwin rumah 1.5 bilion dan 2 buah kereta

Pengantin lelaki merupakan seorang ahli perniagaan, manakala pengantin perempuan ialah bekas peserta Mojang Jajaka Kota Sukabumi 2019 (pertandingan duta pelancongan dan kebudayaan).

“Pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa sebuah rumah berharga 1.5 bilion rupiah dan dua buah kereta,” katanya.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Kedua-dua pengantin pasti daripada keluarga kaya-raya kerana jika hanya sebelah pihak sahaja (kaya), pasti akan berlakunya sinetron,” kata seorang netizen yang bergurau.

Baca Juga:
Lembaga mata bercahaya tenung kamera dalam hutan jadi tanda tanya
Wanita Sepanyol dakwa titis air kencing di mata boleh pulihkan rabun
Balang kuih raya ‘legend’ menggamit memori beraya bersama keluarga, letak kuih raya 2/3 hari pun tak lemau
CATEGORIES