Pengantin terkejut tetamu hulur wang fotokopi semasa salam kaut

Pengantin terkejut tetamu hulur wang fotokopi semasa salam kaut

Pengantin terkejut tetamu hulur wang fotokopi semasa salam kaut.

Seorang pengantin di Indonesia terkejut apabila menerima wang salinan fotokopi yang diberikan oleh tetamu majlis perkahwinannya, lapor portal berita Wolipop semalam.

Dalam satu video yang dikongsikan di laman TikTok, wanita bernama Nuriaraziz menunjukkan helaian wang kertas palsu bernominasi 50,000 rupiah (RM15.13) yang diletakkan di dalam sampul.

Pengantin terkejut tetamu hulur wang fotokopi semasa salam kaut

Terdapat sehelai kertas putih yang mempunyai empat salinan fotokopi wang kertas tersebut di atasnya.

“Hidup sudah terlalu penat, tiba-tiba ada juga manusia yang memberikan wang fotokopi,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

@nuriaraziz Gwencanaaa yo🥴 #fyp #gwenchana ♬ original sound – rannunn 🦖💚

“Lebih baik daripada mendapat sampul kosong. Namun, ini sangat lucu,” kata seorang netizen.

“Ketika saya berkahwin dahulu, ada yang memberikan resit perubatan dalam sampul,” kata pengguna lain.

Baca Lagi:
Baju keluar asap dan bunga berpusing! Aina Abdul ‘berhabis’ hampir 500k demi baju, mikrofon
Pengarah Hospital al-Wafa Gaza terbunuh dalam serangan udara Israel
Naik kereta mahal tapi tak ada sivik! lelaki selamba lepas ‘hajat’ pada tiang parkir di pusat beli-belah
CATEGORIES