Pengantin perempuan pengsan terkejut dijodohkan dengan lelaki 35 tahun lebih tua

Photo of author

By Syima Iza

Kecoh di media sosial di Indonesia apabila sebuah video tular menunjukkan seorang pengantin perempuan menangis sehingga pengsan ketika majlis perkahwinannya.

Memetik laporan Kosmo Online, pengantin tersebut dikahwinkan dengan seorang lelaki yang berusia 35 tahun lebih tua daripadanya di sebuah daerah di Lombok, wilayah Nusa Tenggara Barat.

Malah, dalam rakaman tersebut dapat dilihat wanita tersebut berjalan ke arah pelamin dalam keadaan lemah.

Pengantin perempuan pengsan terkejut dijodohkan dengan lelaki 35 tahun lebih tua

Lebih menyedihkan, riak wajahnya juga kelihatan sedih seolah-olah enggan menerima perkahwinan itu.

Dia kemudian pengsan sebelum ke arah pelamin untuk melangsungkan perkahwinan dan penduduk membantu pengantin tersebut.

Pelbagai reaksi daripada warganet tentang situasi tersebut dan menganggap ia perkahwinan secara paksa dan tidak menggalakkan perjodohan seperti itu.

Baca Juga:
Suami kantoi curang belasah isteri di hotel Port Dickson
Chef Wan diarah bayar RM150,000 kerana fitnah bekas menantu
Myvi selamba tukar lorong last minute, treler brek sampai berasap