Pengantin perempuan minta cerai selepas 3 minit berkahwin

Photo of author

By Syima Iza

Pengantin perempuan minta cerai selepas 3 minit berkahwin.

Sepasang pengantin baharu di Kuwait menjadi perhatian orang ramai apabila mereka bercerai selepas hanya tiga minit mendirikan rumah tangga, lapor saluran berita Bangkapost hari ini.

Wanita itu memutuskan untuk bercerai selepas suaminya melontarkan perkataan ‘bodoh’ kepadanya di khalayak ramai.
Pengantin perempuan minta cerai selepas 3 minit berkahwin
Gambar hiasan

Difahamkan, wanita itu tersandung lalu terjatuh semasa mereka berjalan menuju ke pelamin.

Disebabkan rasa sakit hati, dia segera membawa perkara itu ke mahkamah dan meminta hakim membatalkan status perkahwinan mereka. Permintaannya dipersetujui.

Perkongsian itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen lega dengan keputusan yang diambil oleh wanita itu.

“Jika dia (suami) sudah bersikap begitu dari awal, lebih baik tinggalkannya segera,” kata seorang netizen.

“Perkahwinan tanpa rasa saling hormat-menghormati merupakan perkara yang salah sejak dari awal,” kata netizen lain.

Baca Juga:
Hidup tak keruan selepas simpan baju kakak meninggal 5 tahun lalu dalam bantal
Budak lelaki 13 tahun pandu kereta laju dalam taman, adik 3 tahun duduk depan bonet kereta
Laudya Cynthia Bella akhiri zaman janda? Didakwa jadi isteri ketiga ustaz terkenal Indonesia