Pengantin perempuan dirasuk di majlis perkahwinan, menari sampai tak sedar diri

Pengantin perempuan dirasuk di majlis perkahwinan, menari sampai tak sedar diri

Pengantin perempuan dirasuk di majlis perkahwinan, menari sampai tak sedar diri.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang pengantin perempuan dirasuk ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan, lapor laman berita SindoNews hari ini.

Video kejadian itu dimuat naik dalam akaun Twitter @kegblgnunfaedah.

Pengantin perempuan dirasuk di majlis perkahwinan, menari sampai tak sedar diri

Majlis perkahwinan itu dipercayai bertemakan adat masyarakat Banjar dan berlangsung di wilayah Kalimantan Selatan.

Pasangan pengantin itu pada awalnya dilihat berjalan menuju ke dewan perkahwinan.

Tanpa diduga, pengantin perempuan tiba-tiba menari di khalayak ramai dan meninggalkan pengantin lelaki.

@baperanews.com Sebuah resepsi pernikahan di Kabupaten Sungai Hulu Tengah, Kalimantan Selatan menjadi viral usai terdapat video pengantin wanita kesurupan. Video ini pertama kali diunggah oleh akun Tiktok @arifachri95 pada Rabu (8/11). #viral #pengantinkesurupan #pengantinviral #pengantintiktok ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Riak wajah pengatin perempuan itu kelihatan kosong seperti tidak sedarkan diri. Dia dilihat menari sehingga sampai ke pelamin di dalam dewan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Pengantin perempuan nampak macam penari,” komen seorang netizen.

Baca Lagi:
Toyota lancar model Alphard 2024 secara rasmi di Malaysia, harga RM538,000 tanpa insurans
Dulu dipuji, sekarang teruk Michelle Yoeh dikecam selepas dilantik jadi duta Balenciaga
Pelancong dari Hong Kong minta warga FB edit gambar sebelah patung Merlion, sekali ini yang jadi
CATEGORIES