Pengantin perempuan bernikah dengan gambar dan keris

Photo of author

By Syima Iza

Pengantin perempuan bernikah dengan gambar dan keris.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah majlis perkahwinan di Bali yang diadakan tanpa kehadiran pengantin lelaki, lapor laman berita Detik semalam.

Video tersebut dikongsikan dalam akaun Instagram @denpasar.viral kelmarin.

Pengantin perempuan bernikah dengan gambar dan keris

Pengantin lelaki dilaporkan masih berada di luar negara dan majlis itu hanya dihadiri oleh pengantin perempuan.

Wanita tersebut ditemani seorang saudara lelaki yang memegang gambar pengantin lelaki dan sebilah keris sehingga majlis itu tamat.

Dia kelihatan tidak dapat menahan emosinya semasa acara itu berlangsung.

Majlis itu dihadiri keluarga terdekat dan dikendalikan oleh seorang ketua agama.

Baca Lagi:
Budak mengaku berasal dari planet Marikh, dakwa penghuni Marikh menetap bawah tanah bernafas guna gas karbonat
Penduduk gempar lihat objek terang di langit bergerak lebih 200,000 km sejam
‘Jam 2 pagi saya terdengar tangisan sayu minta tolong’ – Bekas mak nyah