Pengakhiran yang indah! Jemaah wanita meninggal dunia sebaik selesai baca Yasin di masjid

Photo of author

By Syima Iza

Seorang jemaah wanita meninggal dunia di ruang solat utama Masjid Negeri Kedah, Masjid Zahir, di sini, pada Khamis malam.

Pegawai Media Masjid Negeri, Muhd Azam Abdullah berkata, Allahyarhamah Rosnah Ramli, 60, ditemukan jemaah lain ketika sedang membaca doa sebaik selesai membaca surah Yasin pada jam 8.25 malam.

Katanya, jemaah wanita tersebut tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang datang membuat pemeriksaan terhadapnya. “Wanita itu hadir ke masjid bersama suaminya dan mereka terlebih dahulu berbuka puasa sebelum menunaikan solat jemaah serta membaca surah Yasin bersama jemaah lain di masjid ini.

Pengakhiran yang indah! Jemaah wanita meninggal dunia sebaik selesai baca Yasin di masjid

“Menurut jemaah di sebelahnya, arwah ada menunjukkan tanda tidak selesa sebelum tiba-tiba rebah di ruang solat utama wanita.

“Selepas itu, kami terus menghubungi talian kecemasan dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Katanya, mangsa bersama suaminya sering ke masjid ini untuk menunaikan solat jemaah.

“Suaminya juga kelihatan tenang reda dengan pemergian arwah,” ujarnya.

Difahamkan jenazah arwah akan dikebumikan di Kampung Telaga Mas, Pokok Sena, hari ini.

Baca Juga:
Tular wanita bertudung sembanyang cara pelik, ramai salah sangka, rupa-rupanya…
Remaja hilang selama 26 tahun ditemui masih hidup, dikurung jiran hanya 100 meter dari rumah
Serangga merayap keluar dari kulit badan, lelaki ini dakwa terkena perbuatan sihir