“Pengadil paling teruk dalam sejarah pertandingan akhir Piala Malaysia, siapalah yang pilih dia”
Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 tercalar dengan mutu pengadilan yang disifatkan berat sebelah.
Prestasi pengadil, S Logeswaran mencuri tumpuan apabila dikatakan ‘bias’ oleh peminat bola sepak tempatan.
Beberapa tindakan Logeswaran dipersoalkan apabila tidak melayangkan kad kuning kedua kepada pemain JDT, Jordi Amat biarpun melakukan terjahan kasar kepada pihak lawan.
Final malam ini juga turut menyaksikan tiga sepakan penalti dia diberikan, dua diberikan kepada JDT dan satu buat TFC yang mana disempurnakan oleh kedua-dua pasukan.
Dua penalti JDT disempurnakan oleh Bergson da Silva pada minit keenam dan Arif Aiman Hanapi menoktahkan kemenangan JDT apabila dia meledak penalti kedua untuk gol ketiga JDT di masa kecederaan.
Manakala penalti TFC disempurnakan oleh Ivan Mamut.
Menjengah ke laman sosial, peminat bola sepak tempatan mempersoalkan kewajaran pemilihan Logeswaran sebagai pengadil.
Salim Khan G Haider memuat naik status di laman sosial Facebook dengan berkata, “Pengadil paling teruk dalam sejarah pertandingan ahkir Piala Malaysia. Siapa lah yg pilih dia.”
“Final Piala Malaysia..Pengadil dan padang sama-sama teruk,” kata Eizzan Firas.
Manakala di laman Facebook Friends Of MB Terengganu (Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) menulis, “Pengadil Final Malaysia tak ada disiplin dan tak ada wawasan tukar pengadil yang amat memalukan Piala Malaysia ini.”
“Lagi letih layan padang dan pengadil dan pemain beli tak sama piala Malaysia dulu-dulu, walaupun team (pasukan) Singapore (Singapura) ada tapi kehebatan semua negeri amat dirasai,” kata Abd Roup.
“Pengadil Piala Malaysia tak layak jaga games FINAL lagi????!!!!@@@,” kata Azizi Shaari.