Pengadil bolasepak kena tumbuk akibat tak puas hati di Jerantut

Pengadil bolasepak kena tumbuk akibat tak puas hati di Jerantut

Pengadil bolasepak kena tumbuk akibat tak puas hati di Jerantut.

Aksi suku akhir Piala FA Jerantut semalam, membabitkan Rang Hill FC dan Tembeling United FC dicemari insiden seorang pengadil ditumbuk.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas seorang lelaki tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan sehingga bertindak sedemikian.

Pengadil bolasepak kena tumbuk akibat tak puas hati di Jerantut

Berdasarkan rakaman video berdurasi 42 saat itu, seorang lelaki memasuki kawasan padang sebelum bertindak menumbuk pengadil perlawanan.

Selepas melakukannya, lelaki terbabit yang seakan masih tidak berpuas hati bertindak mengejar pengadil berkenaan.

Kejadian itu berlaku sebaik pengadil meniup wisel berakhirnya perlawanan suku akhir itu.

Pada perlawanan itu, Rang Hill menewaskan Tembeling United 1-0 sekali gus layak ke separuh akhir Piala FA Jerantut.

Perlawanan anjuran Persatuan Bolasepak Daerah Jerantut itu diadakan di Padang FA Jerantut, Jerantut.

Difahamkan, aksi Piala FA dan Liga Emas Jerantut itu membabitkan 22 pasukan yang bermula pada September lalu dan dijangka berakhir pada pertengahan November ini.

Baca Lagi:
Wanita menangis duit dah habis bayar taska untuk anak sebab dapat kerja, hari pertama kerja dah kena pecat dengan tauke kedai emas
“Lepas aku maki baru aku dapat beli satu bundle gula” – Wanita mengamuk di pasaraya selepas kena beli gula premium RM4.20
Lelaki mengamuk selepas ditegur buang air besar dekat tempat orang ambik wuduk
CATEGORIES