Penemuan 7 piramid di Tasik Chini, Pahang jadi tanda tanya orang ramai

Photo of author

By Syima Iza

Penemuan 7 piramid di Tasik Chini, Pahang jadi tanda tanya orang ramai.

Sebelum ini, bangunan berbentuk piramid telah dijumpai dalam banyak tamadun purba di seluruh dunia sejak ribuan tahun yang lalu, antaranya di Mesir, Mexico, Peru, Iraq, dan China. Penemuan ini menimbulkan persoalan mengenai fungsi piramid yang wujud merentasienua dan budaya tamadun yang berbeza.

Beberapa tahun yang lalu, tersebar khabar bahawa terdapat piramid tersembunyi di bawah bukit di pedalaman kawasan hutan di Pahang, Malaysia. Piramid tersebut kini dilitupi oleh hutan dan kelihatan seperti sebuah bukit atau gunung kecil, namun kesahihan berita ini masih belum dapat dipastikan.

Penemuan 7 piramid di Tasik Chini, Pahang jadi tanda tanya orang ramai

Pada 10 Disember 2007, akhbar New Straits Times melaporkan penemuan tujuh bukit yang dikatakan berkemungkinan berasal daripada piramid yang dibina di Tasik Chini, Pahang, hampir 1,000 tahun lalu.

Laporan ini mengejutkan rakyat Malaysia yang tidak menyangka binaan misteri seperti piramid turut wujud dalam alam Melayu pada zaman silam.

Menurut laporan akhbar tersebut, piramid itu berkemungkinan dibina oleh Kerajaan Khmer kuno yang berpusat di Kemboja, yang memerintah dari tahun 802 hingga 1432, serta meluaskan jajahannya sehingga ke Tasik Chini sepanjang tempoh tersebut.

Teori menyatakan bahawa ratusan tahun selepas empayar itu berakhi, rpiramid-piramid tersebut ditinggalkan sehingga ditimbus oleh tanah dan ditumbuhi pokok, yang menyebabkan ia berubah menjadi bukit yang dipenuhi hutan. Tapak kota di sekitar piramid pula dipercayai tenggelam ke dalam Tasik Chini.

Kini, kawasan di sekitar bukit tersebut telah dibersihkan untuk memberi ruang kepada aktiviti pertanian. Beberapa serpihan mangkuk porselin ditemui di sekitar bukit itu, yang mengukuhkan lagi bukti bahawa kawasan tersebut suatu ketika dahulu merupakan sebuah pusat peradaban yang pesat sewaktu kegemilangan Empayar Khmer.

Menurut catatan sejarah, ibu kota empayar Khmer adalah di Siem Reap, dan Tasik Chini mungkin merupakan salah satu kota di bawah jajahan empayar tersebut. Empayar ini mencapai kemuncak kegemilangannya pada abad ke-13, sebelum berakhir pada abad ke-15 akibat perebutan kuasa antara pembesar.

Penemuan 7 piramid di Tasik Chini, Pahang jadi tanda tanya orang ramai

Sejak laporan akhbar itu diterbitkan, dipercayai tiada kajian lanjutan yang dilakukan, namun pendedahan ini menimbulkan banyak persoalan dan teka-teki mengenai misteri binaan piramid yang selama ribuan tahun membingungkan para penyelidik di seluruh dunia.

Proses Pembinaan Piramid yang Misteri

Dengan tanggapan bahawa sains dan teknologi dunia hanya berkembang pesat dalam beberapa ratus tahun kebelakangan ini, sukar untuk membayangkan bagaimana bangunan sebesar piramid mampu dibina ribuan tahun yang lalu.

Penemuan 7 piramid di Tasik Chini, Pahang jadi tanda tanya orang ramai

Bayangkan, untuk membina bangunan besar pada zaman moden ini, manusia memerlukan pakar geologi, jurutera, arkitek, dan pelbagai jentera berteknologi tinggi untuk mengangkat bahan berat serta menyiapkan binaan.

Oleh itu, adakah wujud pakar dalam bidang fizik, kejuruteraan, binaan, dan jentera yang hebat pada ribuan tahun lalu yang digunakan untuk membina piramid?

Pembinaan piramid ternyata amat rumit. Sebagai contoh, piramid di Mesir dibina menggunakan anggaran kira-kira dua juta batu, dengan setiap batu seberat antara dua hingga 15 tan.

Walaupun proses pembinaannya amat sukar, sesuatu yang aneh adalah bilangan piramid yang banyak, iaitu sebanyak 138 piramid di Mesir. Ini membayangkan betapa pentingnya piramid dalam kepercayaan Mesir kuno kira-kira 3,000 tahun yang lalu.

Baca Juga:
Isteri bawa kawan tumpang bermalam di rumah, suami mengaku terlanjur sebab ‘dia’ tiba-tiba muncul belakang tanpa seurat benang
Umur bukan penghalang, warganet tergamam lihat Tun M pandu kereta di litar Sepang cecah kelajuan 145km/j
Nama Siti Saleha ‘trending’ di Korea, ramai netizen Korea jatuh cinta dengan artis berdarah Malaysia ini