Penduduk terkejut sejadah imam surau ‘tidak terusik’ tiada langsung selut banjir. Kejadian banjir di Pantai Timur sejak hujung minggu lalu semakin merisaukan penduduk selepas air naik dengan cepat sehingga melumpuhkan beberapa kawasan.
Mula surut, penuh lumpur
Selepas tiga hari dilanda hujan lebat tanpa henti, akhirnya air beberapa kawasan semakin surut.
Susulan itu, penduduk mula bekerjasama mengemas tempat yang terjejas akibat banjir termasuklah rumah serta tempat beribadah.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, berlaku satu kejadian yang mengejutkan di mana sejadah tempat imam surau menunaikan solat kelihatan bersih seperti tidak ‘berusik’.
Kawasan lain penuh selut
Kejadian yang berlaku di sebuah surau di Padang Kubu, Kemaman, Terengganu dirakam oleh seorang penduduk yang turut sama-sama membersihkan rumah Allah itu.
Allahurabbi. Hebat percaturan Dia, sikit pun tempat solat imam tak kena selut sedangkan kawasan ni 100% masuk air dan berlumpur.
Di bahagian komen pula, ramai yang kagum dengan kejadian tersebut dan menyifatkan ianya merupakan bukti Allah SWT itu Maha Berkuasa.
Dalam diam kita tak sedar Allah sucba untuk buktikan tiada yang berkuasa selain daripadaNya.
Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman yang hampir sama terjadi pada diri sendiri.
Komen netizen