Penduduk terkejut buaya tembaga muncul di belakang rumah

Penduduk terkejut buaya tembaga muncul di belakang rumah

Penduduk terkejut buaya tembaga muncul di belakang rumah.

Seorang penduduk terkejut sisa perut ikan haruan yang dijemur di belakang rumahnya di Kampung Putat Tujuh dekat sini dibaham seekor buaya tembaga.

Wan Mazlan Wan Omar, 60, berkata, rumahnya terletak kira kira-kira dua kilometer dari sungai dan dia terkejut apabila buaya bersaiz kusyen motosikal kapcai itu tiba-tiba muncul.

Penduduk terkejut buaya tembaga muncul di belakang rumah

“Sisa perut ikan haruan saya jemur di belakang rumah rupa-rupanya menjadi tarikan seekor buaya tembaga yang kelaparan.
“Pada awalnya, saya tidak percaya dan terkejut apabila diberitahu anak saya ada seekor buaya sedang membaham sisa ikan haruan di belakang rumah,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pagi kelmarin ketika anaknya melihat seekor buaya sedang makan sisa ikan haruan di belakang rumah.

“Saya pergi tengok kemudian buaya lari masuk bangsal kereta. Buaya itu terperangkap dalam bangsal kereta, saya panggil penduduk kampung bantu tangkap,” katanya.

Wan Mazlan juga mendakwa peristiwa sedemikian kerap berlaku di beberapa kampung sekitar apabila haiwan liar terbabit datang memakan sisa buangan penduduk.

Katanya lagi, walaupun sudah banyak kali kedengaran kejadian tersebut, namun tiada buaya yang berjaya ditangkap.

“Saya dimaklumkan penduduk reptilia tersebut dari sungai di Kampung Tasek Bakong yang menjadi lokasi penduduk mencari ikan.

“Buaya tersebut diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia,” katanya.

Baca Juga:
Kajian terkini ‘Ekstrak ganja’ boleh menbunuh sel kanser
Suami sempat lindungi saya dan bayi perempuan kami dengan sebelah tangannya
Ebit Lew buat panggilan video dan tunjuk kemaluan – Pengadu
CATEGORIES