Penduduk terkejut aligator gergasi melintas jalan

Penduduk terkejut aligator gergasi melintas jalan

Penduduk terkejut aligator gergasi melintas jalan. Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan senario seekor aligator bersaiz besar sedang berjalan melalui sebuah komuniti mewah di negeri Florida, Amerika Syarikat sehingga menggerunkan penduduk setempat, lapor akhbar New York Post semalam.

Seorang ahli meteorologi WINK, Matt Devitt menyiarkan rakaman video tersebut di laman Facebook yang menunjukkan ia berjalan menyeberangi kawasan di Forest Glen Golf & Country Club, bandar Naples pada akhir minggu lalu.

Reptilia sepanjang 3.04 meter yang berkeliaran itu mengubah kawasan kejiranan tersebut menjadi pemandangan seperti dalam filem ‘Jurassic Park’.

Penduduk terkejut aligator gergasi melintas jalan

“Betulkah ini? Ia sangat besar!” kata seorang wanita dalam video tersebut.

Jabatan Ikan dan Hidupan Liar Florida dilaporkan telah mengeluarkan haiwan itu dari kawasan komuniti tersebut tanpa melibatkan kecederaan penduduk, lapor NBC Miami.

Florida merupakan tempat tinggal kepada kira-kira 1.3 juta aligator yang boleh ditemui di semua 67 daerah di negeri itu.

Baca Lagi:
Cemburu bawa padah, suami sebar gambar bogel isteri di Facebook dan WhatsApp
Menantu ‘perli’ mak mertua minta upah jaga cucu RM100 dapat kecaman orang ramai
Nak kahwin dua? Ini 5 alasan logik yang boleh diterima isteri
CATEGORIES