Penduduk tergaman lihat asteroid terbakar di langit.
Sebuah asteroid terbakar di atmosfera Bumi menyebabkan penduduk bandar Olyokminsk, Rusia, seolah-olah menyaksikan satu pertunjukan cahaya, lapor portal berita RT semalam.
Para saintis Amerika Syarikat (AS) mengesan objek tersebut semalam dan menamakannya COWECP5.
Saiz asteroid itu dianggarkan kira-kira satu meter tetapi kemudiannya direkodkan sekitar 70 sentimeter.
Batuan angkasa tersebut terbang di langit Sungai Lena, Yakutia, kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan) dengan cahaya terang yang kelihatan sejauh ratusan kilometer.
“Apakah itu?” soal beberapa penduduk tempatan yang suaranya boleh didengar melalui satu rakaman video.
Reaksi itu kedengaran ketika asteroid tersebut terbakar di langit.
@tetovanews An asteroid fell in lenskoye, Yakutia, #Russia – December 3, 2024 In the city of #lenskoye, #Yakutia, an #asteroid ♬ original sound – Tetova News