Cuaca panas yang sedang melanda Pantai Timur kini telah menyebabkan beberapa penduduk di Terengganu melakukan eksperimen menggoreng telur, menarik perhatian ramai.
Melalui perkongsian video di TikTok oleh @hempedu_manis, penduduk dapat dilihat meletakkan kuali berisi minyak di bawah terik matahari.
Berdasarkan rakaman, kuali itu dibiarkan di luar di bawah cuaca panas selama dua jam.
Apabila telur itu dipecahkan, percikan minyak mula kedengaran dan telur tersebut mula dimasak menjadi ‘telur mata’.
Di dalam ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.
“Dua jam dibiarkan di situ memang telur itu akan masak kerana besi sudah sangat panas,” komen @gfety.
“Saya jemur baju, bantal kusyen pun cepat je kering. Memang cuaca panas sangat,” komen @leesei.
“Benda macam ini pernah berlaku sebab cuaca terlalu panas. Jadi tidak menghairankan kalau telur boleh masak,” komen @zuhairi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 202,700 tontonan, 4,541 perkongsian, dan 863 komen.
@hempedu_manis orang pantai timur ok dok tu?? suboh pun macam tengoh hari lening🤣🤣🔥🔥🔥 #panas#CapCut ♬ original sound – Sapix_bukan_sapix✅