Penduduk tangkap udang kara air tawar dalam parit depan rumah, sampai dah jemu nak makan

Photo of author

By Syima Iza

Penduduk tangkap udang kara air tawar dalam parit depan rumah, sampai dah jemu nak makan.

Dek lambakan udang kara air tawar di sekitar kawasan Mukim Ayer Hitam, Muar, Johor, yang pada asalnya berharga sehingga RM100 sekilogram kini seolah-olah tiada nilai.

Penduduk di kawasan tersebut dilaporkan boleh menangkap udang kara air tawar ini di parit di hadapan rumah mereka sehingga sudah jemu untuk memakannya lagi.

Penduduk tangkap udang kara air tawar dalam parit depan rumah, sampai dah jemu nak makan

Saintis Masyarakat, Mohd Ilham Norhakim Lokman, menyatakan bahawa isu ancaman udang ini agak unik berbanding spesies lain kerana ia boleh dijual di pasaran dan dimakan.

“Biasanya spesies invasif ini lebih menjurus kepada ikan sahaja. Seperti ikan bandaraya, ia mungkin tiada harga dan tidak dimakan oleh majoriti masyarakat di negara ini.
“Namun, spesies udang ini, orang makan dan ia memang diternak secara komersial serta mempunyai harga yang agak tinggi di pasaran. Namun, ia terlalu banyak di kawasan saliran di Ayer Hitam hingga ke tahap yang menakutkan,” katanya.

Dia yang aktif menyertai kajian dan program kesedaran bersama pakar daripada universiti tempatan berkata, komuniti di kawasan berkenaan mula menunjukkan minat dan sedar mengenai spesies udang ‘pendatang’ berkenaan.

“Selepas beberapa program yang kami anjurkan, masyarakat yang sebelum ini menganggap udang ini spesies tempatan mula tahu mengenai ancaman udang kara dan berminat untuk mencegahnya,” katanya.

Baca Lagi:
6 selebriti wanita terkenal bukan saja cantik, rupanya pandai memasak
Rusia buat kerja gila tuntut Google bayar denda RM95,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000
Ini petua cara masak nasi guna beras biasa tapi hasilnya sebiji macam guna beras mahal