
Penduduk Sungai Besar gempar langit diterangi cahaya hijau
Penduduk Sungai Besar gempar langit diterangi cahaya hijau.
Penduduk di Sungai Besar gempar menyaksikan fenomena sebahagian langit disinari warna hijau pada malam Selasa.
Imej itu dirakam seorang pelayar Facebook yang memuat naik gambar fenomena itu di sebuah taman perumahan di sini.
Pemilik akaun Facebook, Man Toya dalam hantarannya berkata, cahaya hijau yang dilihatnya itu mencetuskan tanda tanya.
“Sungai Besar kenapa terang sangat cahaya ini dan bergerak?” katanya menerusi hantaran di laman Facebook kira-kira jam 8.30 malam.
Penduduk yang menyaksikan fenomena itu turut meninggalkan komen pada keterangan gambar berkenaan.
Pemilik akaun Facebook, Cik Faa berkata, dia perasan penampakan cahaya hijau itu di hadapan rumah.
“Habis sahaja azan Isyak (cahaya hijau di ruang udara) terus hilang,” komennya.
Seorang lagi pemilik akaun Facebook, Mohamad Amirul turut melaporkan melihat fenomena tersebut.