Penduduk panik gudang peluru tentera di Indonesia meletup

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah gudang penyimpanan peluru yang dimiliki oleh tentera di Bogor, Jawa Barat dilaporkan meletup dan terbakar pada Sabtu, pada jam 7.05 malam waktu tempatan, menurut Tentera Darat Indonesia (TNI AD).

Jurucakapnya, Brig Jen Kristomei Sianturi, menyatakan bahawa gudang tersebut milik Komando Daerah Tentera Jayakarta (Kodam Jaya) dan terletak di kawasan Gunung Putri, Daerah Bogor, bersempadan dengan Bekasi.

“Pada masa ini, masih terdapat kebakaran dan letupan kecil yang berterusan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal berita detiknews.

Penduduk panik gudang peluru tentera di Indonesia meletup

Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk pemindahan penduduk di sekitar gudang, dan pengendalian kebakaran.

“Analisis awal menunjukkan bahawa punca kejadian disebabkan oleh bahan peluru yang telah tamat tempoh disimpan di bunker dan telah dijadualkan untuk dilupuskan,” kata Panglima Kodam Jaya, Mej Jen Mohamad Hasan.

Beliau juga memastikan bahawa tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

@mulyani9955 #kebakarangudangpeluru #pangkalantiga #bekasi #fypシ #folbackbalik ♬ suara asli – MULYANI🇹🇼Mojang Bekasi🇮🇩

Sejumlah jentera bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan kerja pemadaman akan dilakukan apabila letupan mereda untuk mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

Rakaman video yang tersebar luas di media sosial menunjukkan penduduk berhampiran panik mencari perlindungan di dalam rumah ketika siri letupan berlaku.

Baca Juga:
Gelang tangan menyerupai pita pelekat harga hampir RM19,000
Penduduk gempar ribuan obor-obor terdampar di pantai Kuala Penyu
Dari nombor 22, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini naik ke tangga ke-11 muslim berpengaruh di dunia