Penduduk Lahad Datu gempar lagi! Buaya tembaga panjang 5 meter ditembak mati

Photo of author

By Syima Iza

Penduduk Lahad Datu gempar lagi! Buaya tembaga panjang 5 meter ditembak mati.

Penduduk daerah Lahad Datu sekali lagi digemparkan dengan penangkapan seekor buaya tembaga sepanjang 4.8 meter di Kampung Remang malam tadi.

Reptilia memiliki lebar sekitar satu meter itu ditemui di belakang rumah penduduk kampung berkenaan sebelum berjaya ditangkap dan ditembak pihak berkuasa.

Penduduk Lahad Datu gempar lagi! Buaya tembaga panjang 5 meter ditembak mati

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, sepasukan kakitangan JHL Lahad datu bergegas ke lokasi dimaklumkan susulan aduan orang awam berkaitan kehadiran buaya terbabit.

“Sebanyak lapan das tembakan telah dilepaskan pada pukul 10.37 malam. Semua tembakan itu mengenai buaya berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, bangkai buaya jantan itu dibawa ke perumahan JHL Lahad Datu untuk dilupuskan dan saiz buaya berkenaan hampir sama dengan saiz buaya yang ditembak mati di Kampung Desa Bajau Isnin lalu.

Baca lagi:
19 tahun menanti zuriat, akhirnya pasangan suami isteri ini dikurniakan anak
Pengunjung gempar buaya muncul di Puteri Harbour
Buaya jantan ‘gergasi’ 1.2 tan sembunyi bawah kolong rumah ditembak mati di Lahad Datu