Penduduk kampung terkejut temui duit RM29,000 dalam rumah lelaki sakit mental

Photo of author

By Syima Iza

Penduduk kampung terkejut temui duit RM29,000 dalam rumah lelaki sakit mental. Penduduk sebuah kampung di Depok, wilayah Jawa Barat terkejut apabila menemui wang simpanan milik seorang lelaki yang menghidap masalah mental berjumlah 100 juta rupiah (RM29,005) di rumahnya, lapor portal berita Okezone semalam.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Minan, sebelum itu meninggal dunia.

Ketika hidupnya, dia dikatakan sering menerima wang sumbangan orang ramai yang bersimpati melihat keadaannya.

Penduduk kampung terkejut temui duit RM29,000 dalam rumah lelaki sakit mental
Gambar hiasan

“Arwah tidak meminta-minta tetapi menerima sumbangan daripada orang yang keluar masuk ke stesen minyak dan dikumpul selama berpuluh-puluh tahun.

Penduduk kampung terkejut temui duit RM29,000 dalam rumah lelaki sakit mental
Penduduk mengira wang yang dikumpulkan Minan di rumahnya.

“Sebelum meninggal dunia, dia dikhabarkan jatuh sakit dan hidup sebatang kara,” demikian menurut keterangan daripada sebuah klip video yang dikongsikan di media sosial.

Berdasarkan video tersebut, beberapa orang dilihat mengumpul dan mengira wang di rumah Minan.

“Kami menemui wang dalam rumah Minan yang selepas dikira, ia berjumlah 100 juta rupiah (RM29,005),” kata hantaran tersebut.

Baca Lagi:
Pelajar nekad curi kambing untuk sambut ‘Hari Kekasih’
Kalau jumpa duit syiling 1 sen jangan buang! boleh dijual dengan harga RM10,000
Nombor plat R dianggap membawa tuah dilelong RM14 juta