Penduduk kampung gempar ular berkepala dua tanpa ekor ditemui di dalam rumah

Penduduk kampung gempar ular berkepala dua tanpa ekor ditemui di dalam rumah

Seorang personaliti televisyen di Indonesia berkongsikan klip video memaparkan penduduk menangkap seekor ular sawa berkepala dua, lapor portal berita Okezone semalam.

Personaliti itu, Benu Buloe, memuat naik video yang kini tular dan menjadi topik perbincangan hangat netizen.

“Ular berkepala dua?” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Penduduk kampung gempar ular berkepala dua tanpa ekor ditemui di dalam rumah

Dalam rakaman tersebut, beberapa penduduk dilihat keluar dari sebuah rumah diikuti dengan seorang lelaki separuh umur yang memegang kepala reptilia itu.

Seorang lelaki lain memegang satu lagi kepala ular pada hujung reptilia itu, bermaksud ular itu tidak mempunyai ekor.

Netizen yang melihat klip video itu terkejut dan tertanya-tanya kesahihannya.

“Ngeri betul lihat kepalanya ada dua begitu. Nampaknya memang wujud ular berkepala dua dan bukannya sekadar perumpamaan,” kata seorang netizen.

“Jika ular berkepala dua, biasanya kepalanya saling berdekatan (bercabang). Namun, dalam video ini ekornya kelihatan seperti dilipat dan ia tidak jelas,” kata seorang netizen yang skeptikal.

Sebagai makluman, ular berkepala dua atau dikenali sebagai ular pipa kebiasaannya berada di kawasan sawah padi.

Baca Juga:
Pemandu e-hailing burukkan Malaysia, hina agama Islam depan pelancong dikecam
Peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri
Kedai makan hidang makanan pelanggan atas barang-barang kegunaan harian jadi tumpuan
CATEGORIES