Penduduk kampung gempar hantu penanggal terbang setiap kali malam jumaat.
Satu kelibat makhluk yang dipercayai hantu penanggal dirakam sedang terbang di sekitar Kota Sampit, wilayah Kalimantan Tengah, menurut laporan laman berita Banjarmasin Post semalam.
Dalam video tersebut, kelihatan sesuatu seperti bebola api yang terbang dengan pantas di sekitar kawasan hutan.
Selepas dirakam selama beberapa saat, kelibat hantu yang didakwa sebagai kepala seorang wanita hodoh itu jatuh di sebuah kawasan kediaman penduduk.
Video tersebut kemudian menjadi tular di laman sosial dan dimuat naik di platform TikTok menggunakan akaun @ssffrrxx pada Jumaat lalu.
“Dua kali ia sudah dilihat pada setiap malam Jumaat dan waktunya adalah ketika maghrib, sewaktu orang pergi bersolat,” tulis pemilik akaun tersebut.
Bagaimanapun, kelibat penanggal itu tidak dapat dilihat dengan jelas dalam video tersebut.
@ssffrrxx Di zaman modern skrg ternyata masih ada kuyang😭 bentuknya emng sengeri itu😭 ini udah 2x ngelihat yg beginian #fyp #kuyang #fakesituation⚠️ ♬ suara asli – tiaaaaa