Penduduk gempar lubang misteri muncul tiba-tiba sedut air sungai hingga kering

Photo of author

By Syima Iza

Penduduk gempar lubang misteri muncul tiba-tiba sedut air sungai hingga kering.

Sebuah lubang misteri muncul secara tiba-tiba di sebatang sungai dan menyedut air sungai tersebut dalam kejadian yang berlaku di Blitar, Jawa Timur, lapor portal berita detikjateng hari ini.

Lubang itu pertama kali dilihat oleh penduduk di Sungai Kaliasat pada Jumaat lalu.

Penduduk gempar lubang misteri muncul tiba-tiba sedut air sungai hingga kering

Penduduk menyaksikan air sungai tersebut ‘disedut’ masuk ke dalam lubang berkenaan.

“Pada awalnya, hujan turun Jumaat lalu. Seorang penduduk yang mahu pergi ke ladang terlihat lubang itu. Air di sungai mengalir ke arah sana (lubang).
“Pada mulanya, ukuran lubang itu tidak sebesar sekarang,” kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Didik.

Sungai Kaliasat itu turut mengering, dan dipercayai bahawa kemunculan lubang misteri itu menjadi puncanya.

Ketua Pelaksana Badan Tindak Balas Bencana Daerah Blitar, Ivong Bettriyanto, mengesahkan penemuan lubang itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Baca Lagi:
4 anggota Malbatt baru tiba di Lubnan cedera terkena serangan tentera Israel
Nenek 20 cucu tawan puncak bukit Maras hanya berselipar, kongsi rahsia badan ‘fit’
“Anak jadi menantu pakcik nak tak?” – Lelaki mahu jodohkan pemandu grab dengan anak perempuan raih perhatian