Penduduk gempar awan ribut menyerupai tsunami muncul utara India

Photo of author

By Syima Iza

Penduduk gempar awan ribut menyerupai tsunami muncul utara India.

Awan ribut yang menyerupai tsunami muncul di Haridwar, negeri Uttarakhand, utara India ketika amaran hujan lebat dikeluarkan, lapor laman berita MailOnline semalam.

Fenomena aneh itu dikenali sebagai ‘awan rak’ atau ‘awan arcus’.

Penduduk gempar awan ribut menyerupai tsunami muncul utara India

Jabatan Meteorologi India (IMD) meramalkan bahawa Uttarakhand akan mengalami hujan lebat dalam tempoh tiga hari akan datang dan ribut petir dijangka berlaku sepanjang minggu.

Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami menggesa orang ramai agar mengelak perjalanan yang tidak penting di kawasan itu kerana hujan lebat melanda negeri tersebut.

Dia juga menasihatkan para pelancong agar tidak melakukan lawatan sehingga cuaca buruk reda.

Rakaman imej awan besar itu menunjukkan penduduk tempatan kelihatan kagum melihat pemandangan itu, dengan ramai yang merakamnya.

Guruh serta angin kencang turut kedengaran dalam video yang dirakam itu, yang dikongsi di laman media sosial dan menjadi tular.

Baca Lagi:
Isteri terkejut dapat tahu perangai suami yang sebenar lepas 8 bulan kahwin, rupanya suami buat ‘servis seks’ melalui Twitter dan Telegram senyap-senyap
Broker hartanah mati dalam keadaan menyayat hati, kepala, tubuh dikerat disumbat dalam peti sejuk
Mycrs 2023: Semakan Kelayakan Permohonan Bantuan Subsidi Carseat kanak-kanak