Penduduk gempar awan pelik berbentuk UFO muncul di pergunungan Indonesia.
Penduduk Mojokerto di wilayah Jawa Timur terkejut dengan kemunculan fenomena awan pelik yang menyerupai objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor portal berita Detik News semalam.
Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @explorepacet menunjukkan awan tersebut berbentuk seperti kapal angkasa makhluk asing di atas Gunung Penanggungan.
Pegawai Badan Meteorologi Iklim dan Geofizik (BMKG), Bhilda Maulida berkata, awan itu merupakan salah satu pembentukan awan yang berbahaya bagi penerbangan.
“Awan berbentuk UFO ini dikenali sebagai awan Lenticularis dan sering terbentuk di kawasan pergunungan atau bukit.
“Awan ini berbahaya kepada pesawat kerana ia boleh menyebabkan pergolakan udara yang kuat,” tambahnya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 60,400 tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
“Petanda pasukan Indonesia masuk Piala Dunia,” kata seorang netizen.
“Nampak macam jerawat sudah ‘masak’ dan nak pecah!” kata netizen lain.
View this post on Instagram